Posts

RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM

Image
Sotong Goreng Lada Hitam Oleh Chef Hanieliza 2 Kategori: Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit Hidangan: 4 Orang Bahan-bahan diperlukan: 300 g sotong 3 biji bawang merah (Dihiris) 2 ulas bawang putih (Dihiris) 1 biji cili merah (Dihiris) 3 sudu makan sos lada hitam 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) Garam (Sekiranya perlu) Minyak masak secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Basuh sotong kemudian tuskan. Potong sotong kecil-kecil. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu. Masukkan sotong, sos lada hitam, bawang besar, dan lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

RESEPI SOTONG PERCIK

Image
Resepi Sotong Percik Bahan kisar 4 batang serai diketuk 2 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 15 tangkai cili kering Instructions Bersihkan sotong dan kelar. Gaul dengan garam dan kunyit, kukus sekejap selama 5 minit untuk keringkan air saja. Ketepikan. Tumis serai sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan, asam keping, gula dan garam. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Celupkan sotong yg dikukus tadi ke dalam kuah. Pastikan kuah melekat pada sotong. Kalau tidak melekat maknanya kuah masih cair. Bakar api besar sambil tuang kuah sedikit demi sedikit atas sotong. Balik-balikkan. Bila sudah agak garing bolehlah diangkat. Tuang kuah apabila dihidangkan.

RESEPI SOTONG 3 RASA

Image
Sotong Tiga Rasa  Bahan-bahannya: 600 gram sotong saiz sederhana ½ biji cili benggala (merah, kuning, dan hijau) – dipotong kiub 3 sudu besar cili kering kisar Garam dan gula 1 cawan air 2 helai daun limau purut Daun sup/daun bawang Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan tumis: 2 biji bawang besar – dibelah enam setiap biji, kemudian dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih – diracik halus 1 inci halia – diracik halus Bahan-bahan sos: 3 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar sos hijau thai 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan Cara-cara memasak: 1. Sotong dibersihkan dan ditoskan. Kelar sotong tetapi jangan putus. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing (terbit minyak). 3. Masukkan air, diikuti dengan semua sos, cili benggala, dan daun limau purut. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Rasanya ...

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

Image
Sotong Masak Hitam Bahan-bahan : - Beberapa ekor sotong - 1 labu bawang besar (hiris bulat) * - 3 ulas bawang putih (penyekkan) * - 1/2 inci halia (tumbuk kasar) * - 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk kasar) * atau sedikit serbuk kunyit - 2 - 3 batang cili hidup/ padi - Sedikit garam - Minyak untuk menumis Cara-cara : Potong sotong ikut preference masing-masing dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.  Kemudian tos dan ketepikan.  Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.  Lepas tu, masukkan ink sotong dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan sotong. Tunggu sampai sotong keluar air. Kemudian campakkan cili dan sedikit garam. Siap. Simple saja kann? Yang penting rasanya meletop-letoppp especially bila dimakan dengan nasi panas! Yummeh. Gone with the wind laa diet nampaknya!

RESEPI PAPRIK SOTONG

Image
PAPRIK SOTONG Bahan-bahannya: ½ kilogram sotong - dibersihkan dan potong 2 ulas bawang putih - dicincang halus 3 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis Bahan B 1 labu bawang holland - diracik 2 tangkai cili merah - dihiris serong 15 biji cili api - diketuk 2 helai daun limau purut - disiat-siat dan buang urat tengahnya bunga kobis - dihiris kecil 5 biji putik jagung - dihiris serong 1/2 biji lobak merah - dihiris 3 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci garam secukup rasa 2 cawan air Cara-caranya: 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar lalu masukkan semua sos. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan semua bahan B, kacau seketika. 4. Masukkan pula sotong. Jika dilihat resipi ini saya masukkan sayur dahulu baru sotong sebab sotong tidak perlu terlampau masak kerana isinya akan menjadi liat. 5. Kacau rata hingga isi so...

RESEPI KARI SOTONG

Image
Resepi Kari Sotong Bahan-Bahan: 8-10 ekor sotong, anggaran 1 senduk minyak masak 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan 1 sudu besar serbuk cili 1 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 6 batang sayur bendi 1 biji tomato, belah 4 3 sudu besar pati asam jawa garam dan gula secukup rasa Bahan untuk tumbuk halus: 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan untuk rempah tumis 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba campur 1 tangkai daun kari Cara-cara Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Pera...

RESEPI SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

Image
Sotong Masak Kicap Ringkas Bahan Bahannya: 600g sotong – dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya. 1 biji bawang besar – dimayang bulat 3 biji cili merah/hijau – dihiris kasar 2 keping asam gelugor Kicap lemak manis secukupnya Sedikit garam Bahan tumbuk/hiris halus: 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar saiz sederhana Cara-caranya: Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sumber: resepicikguani.blogspot.com