Posts

Resepi Sotong Bakar Thai

Image
Sotong Bakar Thai, Sos Sedap, Padu Memang Terangkat Sedapnya Sotong Bakar Thai ni. Diinspirasikan dari negara Gajah Putih, menu ni memang wajib dicuba. Sangat sedap dan membuka selera. Kalau makan panas-panas, memang layan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Alia Adila Hassim ni antara yang mudah. CARA MASAK SOTONG BAKAR THAI BAHAN PERAPAN SOTONG: 8 ekor sotong | dibersihkan 2 sudu teh gula 1-2 sudu makan kicap manis cair 1/2 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus. 2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit. 3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing. BAHAN SOS PEDAS THAI: 2 ulas bawang putih 1/2 biji bawang merah | cincang 7-8 biji cili padi 1 akar ketumbar 1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka Sos ikan @ nampla secukupnya 3-4 biji limau ka...

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Image
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH Oleh : MA Bahan-Bahannya : 3 ekor sotong - sederhana besar 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat 2 biji bawang putih - dihiris nipis 10 biji cili padi - diketuk 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN 1 sudu besar sos tiram 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar 1/2 kiub pati ayam Sedikit air Minyak untuk menumis Cara Membuatnya : Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar. Sediakan bahan-bahan lain nya. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan. Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap...

RESEPI SOTONG MASAK KICAP CILI KERING

Image
Sotong Masak Kicap Dan Cili Kering Bahan-Bahan 1/2 kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil) 10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan 5 ulas bawang putih dikisar 1 labu bawang besar dibelah empat dan dipotong dua 5 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee keluaran Tamin) 1/2 cawan air asam jawa Minyak untuk menumis garam dan gula secukup rasa Cara-cara 1. Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan 2. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan 3. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya 4. Masukkan air asam jawa , kicap, garam , gula dan bawang besar 5. Masak sehingga hampir kering masukkan sotong 6. Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng 7. Sebatikan dan angkat

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

Image
sotong masak kicap Oleh MyResipi Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit Hidangan: Orang resepi sendiri, org bujang punya sotong. Bahan-bahan diperlukan: 1. halia* 2. bawang putih* 3. bawang merah*  4. kicap 5. gula 6. garam 7. ajinomoto 6. minyak masak 7. cuka atau asam jawa 8. sotong Cara menyediakan dan memasak: 1. bahan-bahan yang bertanda *, sila tumbukkan hingga lumat ataupn boleh dihiris. 2. panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk td dan masak hingga kekuningan. 3. masukkan sotong dan tumis sebentar dalam 5minit bersama bawang-bawang tadi. 4. setelah itu, masukkan kicap, asam jawa @ cuka, gula, garam & ajinomoto.  5. gaul dan biarkan sehingga kuahnya menjadi pekat. kalau nak pekat kuahnya, tak payah tambah air sebab sotong tu memang dah ada air waktu kita bersihkan. 5. dah siap, hidang..  selamat mencuba.

RESEPI TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP

Image
TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP Bahan-bahannya: 2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng 2 ekor sotong - potong cincin 2 ulas bawang putih - diketuk 1 biji bawang besar - potong bulat 3 sd mkn sos cili 2 biji cili merah - hiris serong 4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit) sedikit serbuk perasa (optional) sedikit daun bawang Cara Masak: Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

RESEPI SOTONG GORENG TAUCHU

Image
SOTONG TUMIS TAUCHU BAHAN-BAHAN: 500 gram sotong sederhana besar 1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 3 biji cili merah 1 peket tauchu 1 sudu kecil sos tiram asam jawa secukupnya Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAKNYA : Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia. Potong menyerong semua cili merah . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi . Kemudian masukkan sos tiram , semua sotong , gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing .