Posts

Showing posts from April, 2020

Resepi Telur Sotong Goreng

Image
Telur Sotong Goreng by my hubby .  Rebus dengan air sikit supaya tak hancur. Bila air dah kering, masuk minyak, then bwg besar, serbuk kunyit sikit, gula, garam, perasa.  Hidang.

Resepi Sotong Bakar Thai

Image
Sotong Bakar Thai, Sos Sedap, Padu Memang Terangkat Sedapnya Sotong Bakar Thai ni. Diinspirasikan dari negara Gajah Putih, menu ni memang wajib dicuba. Sangat sedap dan membuka selera. Kalau makan panas-panas, memang layan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Alia Adila Hassim ni antara yang mudah. CARA MASAK SOTONG BAKAR THAI BAHAN PERAPAN SOTONG: 8 ekor sotong | dibersihkan 2 sudu teh gula 1-2 sudu makan kicap manis cair 1/2 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos cili CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sotong dan kelar jangan sampai putus. 2. Satukan bahan-bahan lain dan gaul sebati bersama sotong. Perap selama 15 minit. 3. Bakar guna air fryer pada suhu 140C selama 15 minit. Kemudian bakar lagi pada suhu 180C selama 5 minit supaya sotong jadi garing. BAHAN SOS PEDAS THAI: 2 ulas bawang putih 1/2 biji bawang merah | cincang 7-8 biji cili padi 1 akar ketumbar 1-2 sudu teh gula kabung thai | boleh gantikan dengan gula melaka Sos ikan @ nampla secukupnya 3-4 biji limau ka...

RESEPI SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

Image
SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH Oleh : MA Bahan-Bahannya : 3 ekor sotong - sederhana besar 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat 2 biji bawang putih - dihiris nipis 10 biji cili padi - diketuk 1 sudu teh garam 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN 1 sudu besar sos tiram 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar 1/2 kiub pati ayam Sedikit air Minyak untuk menumis Cara Membuatnya : Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar. Sediakan bahan-bahan lain nya. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan. Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap...

RESEPI SOTONG MASAK KICAP CILI KERING

Image
Sotong Masak Kicap Dan Cili Kering Bahan-Bahan 1/2 kilo sotong (bersihkan dan potong kecil-kecil) 10 tangkai cili kering dipotong mengikut kesukaan 5 ulas bawang putih dikisar 1 labu bawang besar dibelah empat dan dipotong dua 5 sudu makan kicap hitam (NA guna kicap mee keluaran Tamin) 1/2 cawan air asam jawa Minyak untuk menumis garam dan gula secukup rasa Cara-cara 1. Sotong digoreng tanpa minyak sekadar untuk mengeluarkan airnya dan toskan 2. Panaskan minyak kemudian goreng cili kering hingga garing dan ketepikan 3. Menggunakan minyak yang sama tumis bawang putih hingga naik baunya 4. Masukkan air asam jawa , kicap, garam , gula dan bawang besar 5. Masak sehingga hampir kering masukkan sotong 6. Balik-balikkan sebentar dan akhir sekali masukkan cili kering yang digoreng 7. Sebatikan dan angkat

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

Image
sotong masak kicap Oleh MyResipi Kategori: Resipi Ringkas, Kit Makanan Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit Hidangan: Orang resepi sendiri, org bujang punya sotong. Bahan-bahan diperlukan: 1. halia* 2. bawang putih* 3. bawang merah*  4. kicap 5. gula 6. garam 7. ajinomoto 6. minyak masak 7. cuka atau asam jawa 8. sotong Cara menyediakan dan memasak: 1. bahan-bahan yang bertanda *, sila tumbukkan hingga lumat ataupn boleh dihiris. 2. panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk td dan masak hingga kekuningan. 3. masukkan sotong dan tumis sebentar dalam 5minit bersama bawang-bawang tadi. 4. setelah itu, masukkan kicap, asam jawa @ cuka, gula, garam & ajinomoto.  5. gaul dan biarkan sehingga kuahnya menjadi pekat. kalau nak pekat kuahnya, tak payah tambah air sebab sotong tu memang dah ada air waktu kita bersihkan. 5. dah siap, hidang..  selamat mencuba.

RESEPI TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP

Image
TAUHU TELUR - SOTONG MASAK KICAP Bahan-bahannya: 2 peket tauhu telur - potong 4 dan digoreng 2 ekor sotong - potong cincin 2 ulas bawang putih - diketuk 1 biji bawang besar - potong bulat 3 sd mkn sos cili 2 biji cili merah - hiris serong 4 sd mkn kicap lemak masin - (nak guna kicap lemak manis pun boleh, tapi kena tambah garam sikit) sedikit serbuk perasa (optional) sedikit daun bawang Cara Masak: Panaskan 2 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning. Masukkan sos cili. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan kicap dan sedikit serbuk perasa. Masukkan sotong, bawang besar dan cili merah. Kacau hingga sotong masak. Masukkan tauhu telur yang sudah digoreng. Kacau rata. Masukkan hirisan daun bawang. Kacau rata. Siap.

RESEPI SOTONG GORENG TAUCHU

Image
SOTONG TUMIS TAUCHU BAHAN-BAHAN: 500 gram sotong sederhana besar 1 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 3 biji cili merah 1 peket tauchu 1 sudu kecil sos tiram asam jawa secukupnya Garam dan gula secukup rasa CARA MEMASAKNYA : Bersihkan sotong , buang isi perut tapi ambil kepalanya kemudian basuh dan tos sotong serta dipotong ikut pada citarasa sendiri. Tumbuk lumat bawang merah . bawang putih dan halia. Potong menyerong semua cili merah . Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang yang ditumbuk tadi . Kemudian masukkan sos tiram , semua sotong , gula secukup rasa dan asam jawa secukup rasa . Kacau sehingga masak , jangan biar terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan kuah akan menjadi terlalu banyak . Selalunya saya masak sotong ini dalam tempoh 15-20 minit dengan menggunakan api dapur yang besar atau sehingga sotong cukup masak . Jika kurang masin boleh tambah garam atau kicap ikut pada selera masin-masing .

RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM

Image
Sotong Goreng Lada Hitam Oleh Chef Hanieliza 2 Kategori: Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit Hidangan: 4 Orang Bahan-bahan diperlukan: 300 g sotong 3 biji bawang merah (Dihiris) 2 ulas bawang putih (Dihiris) 1 biji cili merah (Dihiris) 3 sudu makan sos lada hitam 1 labu bawang besar (Dipotong gelang) 1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 1 pokok daun bawang (Dipotong pendek) Garam (Sekiranya perlu) Minyak masak secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Basuh sotong kemudian tuskan. Potong sotong kecil-kecil. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu. Masukkan sotong, sos lada hitam, bawang besar, dan lada hitam. Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

RESEPI SOTONG PERCIK

Image
Resepi Sotong Percik Bahan kisar 4 batang serai diketuk 2 biji bawang besar 5 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 15 tangkai cili kering Instructions Bersihkan sotong dan kelar. Gaul dengan garam dan kunyit, kukus sekejap selama 5 minit untuk keringkan air saja. Ketepikan. Tumis serai sehingga naik bau dan masukkan bahan kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan, asam keping, gula dan garam. Masak sampai kuah pekat dengan api perlahan. Celupkan sotong yg dikukus tadi ke dalam kuah. Pastikan kuah melekat pada sotong. Kalau tidak melekat maknanya kuah masih cair. Bakar api besar sambil tuang kuah sedikit demi sedikit atas sotong. Balik-balikkan. Bila sudah agak garing bolehlah diangkat. Tuang kuah apabila dihidangkan.

RESEPI SOTONG 3 RASA

Image
Sotong Tiga Rasa  Bahan-bahannya: 600 gram sotong saiz sederhana ½ biji cili benggala (merah, kuning, dan hijau) – dipotong kiub 3 sudu besar cili kering kisar Garam dan gula 1 cawan air 2 helai daun limau purut Daun sup/daun bawang Minyak secukupnya untuk menumis Bahan-bahan tumis: 2 biji bawang besar – dibelah enam setiap biji, kemudian dileraikan kelopaknya 3 ulas bawang putih – diracik halus 1 inci halia – diracik halus Bahan-bahan sos: 3 sudu besar sos cili thai 2 sudu besar sos hijau thai 2 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos sotong atau sos ikan Cara-cara memasak: 1. Sotong dibersihkan dan ditoskan. Kelar sotong tetapi jangan putus. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering kisar dan masak sehingga cili garing (terbit minyak). 3. Masukkan air, diikuti dengan semua sos, cili benggala, dan daun limau purut. Kacau rata dan masak sehingga mendidih. Rasanya ...

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

Image
Sotong Masak Hitam Bahan-bahan : - Beberapa ekor sotong - 1 labu bawang besar (hiris bulat) * - 3 ulas bawang putih (penyekkan) * - 1/2 inci halia (tumbuk kasar) * - 1/2 inci kunyit hidup (tumbuk kasar) * atau sedikit serbuk kunyit - 2 - 3 batang cili hidup/ padi - Sedikit garam - Minyak untuk menumis Cara-cara : Potong sotong ikut preference masing-masing dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.  Kemudian tos dan ketepikan.  Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.  Lepas tu, masukkan ink sotong dan biarkan sekejap. Kemudian masukkan sotong. Tunggu sampai sotong keluar air. Kemudian campakkan cili dan sedikit garam. Siap. Simple saja kann? Yang penting rasanya meletop-letoppp especially bila dimakan dengan nasi panas! Yummeh. Gone with the wind laa diet nampaknya!

RESEPI PAPRIK SOTONG

Image
PAPRIK SOTONG Bahan-bahannya: ½ kilogram sotong - dibersihkan dan potong 2 ulas bawang putih - dicincang halus 3 sudu besar cili kering kisar 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis Bahan B 1 labu bawang holland - diracik 2 tangkai cili merah - dihiris serong 15 biji cili api - diketuk 2 helai daun limau purut - disiat-siat dan buang urat tengahnya bunga kobis - dihiris kecil 5 biji putik jagung - dihiris serong 1/2 biji lobak merah - dihiris 3 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci garam secukup rasa 2 cawan air Cara-caranya: 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar lalu masukkan semua sos. Kacau hingga pecah minyak. 3. Masukkan semua bahan B, kacau seketika. 4. Masukkan pula sotong. Jika dilihat resipi ini saya masukkan sayur dahulu baru sotong sebab sotong tidak perlu terlampau masak kerana isinya akan menjadi liat. 5. Kacau rata hingga isi so...

RESEPI KARI SOTONG

Image
Resepi Kari Sotong Bahan-Bahan: 8-10 ekor sotong, anggaran 1 senduk minyak masak 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan 1 sudu besar serbuk cili 1 cawan santan cair 1 cawan santan pekat 6 batang sayur bendi 1 biji tomato, belah 4 3 sudu besar pati asam jawa garam dan gula secukup rasa Bahan untuk tumbuk halus: 4 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Bahan untuk rempah tumis 1 batang kayu manis 1 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba campur 1 tangkai daun kari Cara-cara Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau. Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus. Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Pera...

RESEPI SOTONG MASAK KICAP RINGKAS

Image
Sotong Masak Kicap Ringkas Bahan Bahannya: 600g sotong – dibersihkan dan dipotong bulat 1 inci dan ditoskan airnya. 1 biji bawang besar – dimayang bulat 3 biji cili merah/hijau – dihiris kasar 2 keping asam gelugor Kicap lemak manis secukupnya Sedikit garam Bahan tumbuk/hiris halus: 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar saiz sederhana Cara-caranya: Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul rata hingga bawang besar layu dan sotong masak. (Masak sotong jangan terlalu lama, nanti dagingnya akan liat.) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Sumber: resepicikguani.blogspot.com

RESEPI SOTONG DALAM TIN

Image
Sotong Dalam Tin Bahan-bahan : 1 tin sotong dalam tin jenama Rex (warna coklat oren) Bawang putih - racik Bawang besar - potong bulat-bulat cili padi - potong kecil gula, garam, perasa Cara-cara : 1. Buka tin sotong. Asingkan air dia dan sotong. 2. Potong sotong ikut-ong saiz-ong suka-ong (saja nak satu irama). Jangan besar2 sangat, nanti dia sorang jek makan. heh. 3. Tumis bawang putih dan bawang besar yang dipotong tadi. 4. Tumisan agak layu, masukkan cili padi dan cik sotong dan terus masukkan air (jus) dari tin sotong tu tadi. 5. Masukkan gula, garam, perasa (ikut suka) dan biarkan didih sekejap. 6. Siap untuk makan berpeluh-peluh dan bertambah-tambah. )

RESEPI SOTONG GORENG MADU

Image
SOTONG GORENG MADU Bahan A: 1) 1kg sotong 2) 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat) 3) 1 inci halia (tumbuk lumat) 4) Serbuk kunyit 5) Garam 6) Minyak Bahan B: 1) 1 biji bawang besar (kisar) 2) 5 biji bawang putih (kisar) 3) 4 sudu besar madu 4) 1 sudu besar kicap pekat manis 5) 2 biji cili merah 6) 1 biji tomato Cara Memasak: 1) Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10 minit. 2) Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan. 3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau. 4) Masukkan madu dan kicap. 5) Goreng hingga pecah minyak. 6) Masukkan cili merah dan tomato. 7) Masukkan sotong yang digoreng tadi. 8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya. 9) Tabur daun bawang. 10) Sedia untuk dihidang. . Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.

RESEPI SOTONG HIJAU ALA THAI

Image
SOTONG HIJAU ALA THAI by Iza Akma SSK original rcp ~ Chef Zaidah Mohd Noor Bahan A : 125 ml minyak masak 1 kg sotong | dibersihkan, dibuang ekor dan pundi dakwat, potong ikut suka 500 ml santan pekat 3 batang terung panjang | dipotong panjang 2inci 1 biji lada benggala merah | dibuang biji, dipotong 8 3 tangkai daun selasih Garam dan Gula secukup rasa Bahan B (Kisar): 10 tangkai cili hijau | dibuang biji 1 labu bawang besar 5 ulas bawang kecil 1 ulas bawang putih 3 tangkai akar daun ketumbar | dicuci bersih 1.5 cm halia 2 batang serai 3 helai daun limau purut 1 sudu teh belacan 2 sudu besar biji ketumbar* 1 sudu besar biji jintan manis* 1 sudu kecil biji lada putih* 1 sudu kecil biji lada hitam* |*disangai terlebih dahulu Caranya : Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan sotong, kacau sebati dan masakkan sebentar. Masuk santan. Apabila mendidih, masukkan terung, lada benggala dan daun selasih. Perasakan dengan garam dan gula. Masak s...

RESEPI SOTONG MASAK PEDAS SEDAP ! !

Image
Resepi Sotong Masak Pedas Sedap!! Bahan-bahan: 5 ekor sotong potong bulat 2 serai (hiris halus) 3 bawang merah (mayang halus) 2 bawang putih cincang 2 cm halia hiris halus 1 sudu lada kering kisar atau cili boh 3 helai daun limau purut (hiris halus) 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili sedikit sos ikan 6 biji cili padi potong bulat Cara membuatnya: 1. Tumis serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili potong 2. Masuk kan cili boh, sos tiram, sos cili dan sos ikan. tambah air sikit, masak sampai pekat 3. Masuk kan sotong, tunggu sotong masak 4. Masuk kan perasa, garam gula 5. Akhir sekali masuk kan daun limau purut, jangan masuk awal nanti pahit Selamat mencuba..

RESEPI SOTONG MASAK JINTAN BERKICAP

Image
Sotong-bersihkan dan potong ikut suka *10 tangkai cili kering *1/2 sudu mkn jintan manis *1 biji bwng besar *4 ulas bwng putih *1 inci halia Kicap manis 1 sudu mkn sos tiram 2 sudu mkn gula putih Garam n perasa 2 biji kentang-hiris wedges n goreng 1 biji bwng besar-hiris 1'biji tomato-belah2 2 biji cili masak-belah Daun bawang-hiris panjang2 Cara: Kisar bahan bertanda * Tumis bahan kisar hingga garing Masukkan garam,perasa n gula Masukkan sos tiram Masukkan sotong n kicap(bubuh kicap hingga dpt warna yg cantik) Biarkn agak kering n masukkan kentang Akhir skali masukkan bawang hiris,tomato n daun bawang.. Siap!!! Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2112998758940935&id=2006584729582339&sfnsn=mo

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL

Image
Resepi Sotong Bakar Bersambal Bahan-bahannya: Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali) 15 tangkai lada kering - perlu dikisar 5 biji cili merah 5 ulas bawang kecil 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih 3 biji buah keras 1 batang serai 2 sudu besar sos tiram air asam jawa -secukupnya garam dan gula Sedikit minyak masak Cara-cara memasaknya Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus) Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai) Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal. Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal. Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak....

Sambal Sotong Sedap

Image
SAMBAL SOTONG SEDAP Sotong dibersihkan Bawang besar dipotong bulat Bahan tumis: Bawang merah dikisar Bawang putih dikisar Cili kisar Asam jawa Garam Gula Secukup rasa Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal Cara-cara: Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,last masukkan sotong.. Kredit Video Dan Resepi : ig Rosehayatie

Ketupat Sotong Versi My Family

Image
RESEPI KELANTAN Bahan-bahan: Sotong Beras Pulut Santan rm3 Halia Bawang Merah Daun Pandan Gula atau Mnisan (gula melaka) Garam cara2😉 pulut di rendam 20 minit Then sumbat beras pulut tdi ke dalam badan sotong separuh bahagian badan sotong. Sebab pulut mengembang bila dah masak. Buh dalam periuk Buh santan Buh halia & bwg merah yg dimayang (hiris) daun pandan gula & sikit garam masuk ke semua bahan tadi n kacau selalu ok. selamat mencuba. 😅