RESEPI SOTONG GORENG LADA HITAM

Sotong Goreng Lada Hitam
Oleh Chef Hanieliza 2
Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bahan-bahan diperlukan:
300 g sotong
3 biji bawang merah (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Dihiris)
1 biji cili merah (Dihiris)
3 sudu makan sos lada hitam
1 labu bawang besar (Dipotong gelang)
1 sudu makan lada hitam (Ditumbuk)
1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
Garam (Sekiranya perlu)
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:
Basuh sotong kemudian tuskan. Potong sotong kecil-kecil.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
Masukkan sotong, sos lada hitam, bawang besar, dan lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI PAPRIK SOTONG

RESEPI SOTONG MASAK KICAP CILI KERING